Thursday, January 22, 2009

Benih Napier Taiwan

Sesiapa yang ingin membeli benih (dari batang) rumput Napier Taiwan, sila hubungi kami di 012-5588736 (Hafiz) untuk membuat tempahan. Harga tawaran RM20 satu guni (+- 20kg). Benih adalah dari batang yang sudah siap dipotong dengan 2 atau 3 ruas.
(Nota: Untuk keluasan satu perempat ekar, anda memerlukan kira-kira 8 guni benih Napier)


Cara menanam benih rumput Napier

Photobucket
Sesuai bagi kebanyakan jenis tanah(Berbukit,pamah, sedikit berpasir) yang penting adalah pembajaan dan pengairan yang secukupnya.Kawasan tanah yang hendak ditanam rumput Napier haruslah dipersiapkan dengan batas-batas, dengan tanahnya digembur dan dibajakan secukupnya.Ada juga yang menggunakan tanam terus, korek tanah dengan kedalaman 3-4 inci dan trus tanam.Cadangan jarak yang sesuai adalah 2kakiX 1kaki(jarak antara lorong 2kaki dan jarak antara perdu 1kaki). Tanah haruslah cukup lembab sewaktu rumput hendak ditanam serta di awal proses pertumbuhannya.
Photobucket

Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 2-3 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong 3 atau 4 ruas setiap satu, dan direndam di dalam air sehingga akarnya mula tumbuh.Teknik rendaman ini dapat mempercepatkan pertumbuhan akar. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.
Photobucket
**********
Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan di tepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mulut.
Photobucket

Benih rumput Price per Unit (+-20kg): RM20.00

No comments: