Wednesday, December 24, 2008

Lagi tentang jualan anak boer



saya nak jual anak boer, seekor jantan dan 2 betina
harga saya letak RM1100.00 sahaja...
Harga boleh runding, jgn risau..Lokasi kandang.. Karangan, Kulim.
Call 012-5588736 (ayie/hafiz)

SOLD OUT

Wednesday, December 17, 2008

Pasal anak kambing

syukur....anak kambing tersebut berjaya dijual...
org pahang dah datang beli..yang tinggal baki 10 ekor jantan sahaja..
anak dari penjantan fullblood....penjantan full blood with certificate and without certificate.

Thursday, December 4, 2008

Anak kambing Boer utk dijual

warrrr.....lama dah x update...
kali ni saya nk iklankan pulak tentang anak kambing untuk dijual

Baka : Boer
Umur: 4-8 bulan
Jumlah: 34 ekor
Jualan secara borong semua 34 dengan harga RM 11, 000.

sebarang pertanyaan :-
hubungi En Salleh 019-5594382

Sunday, November 9, 2008

Artikle terpilih : Salah Faham Mengenai Daging Kambing

Oleh Soraya Jamal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bagi mereka yang bijak dan teliti menilai makanan, tentu memeranjatkan apabila ada di antara mereka mempunyai tanggapan yang salah apabila bercakap tentang daging kambing yang selalu disebut "mutton" di dalam bahasa Inggeris.

Bertentangan dengan apa yang difahami selama ini, "mutton" sebenarnya bukanlah daging kambing sebaliknya adalah daging kambing biri-biri yang sudah tua.

Di negara-negara Barat, daging kambing sering disebut sebagai "Chevon". Manakala daging kambing muda, disebut sebagai "cabrito" atau "capretto".

Masih ramai yang tidak menyedari bahawa 63 peratus daripada daging merah yang dimakan setiap hari di seluruh dunia adalah daging kambing dengan Australia sebagai pembekal terbesar daging kambing yang berkualiti.

Di Malaysia, permintaan terhadap daging kambing tidak begitu tinggi. Ini disebabkan oleh dua faktor.

Pertama, pengguna tidak tahu di mana hendak membeli daging kambing. Kebanyakan pasar raya hanya menjual daging biri-biri tua dan daging biri-biri.

Faktor kedua pula, salah tanggapan bahawa daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, oleh itu tidak sihat untuk jantung manusia.

SALAH TANGGAPAN

Salah tanggapan ini menyebabkan orang Malaysia mengelak makan daging kambing, yang khasiatnya bertentangan dengan daging biri-biri tua.

Persatuan Jantung Amerika menyarankan daging kambing untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat.

Menurut Pengarah Urusan Majestic Boer Farm Sdn Bhd, Yeow Joo Kwang, salah tanggapan yang biasa terhadap daging kambing ialah daging tersebut dianggap sebagai 'mutton', yang mengandungi kandungan lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, berbau hamis dan hanya sesuai dimasak dengan kari.

Tidak seperti daging biri-biri atau biri-biri tua, daging kambing mempunyai kandungan lemak tepu yang jauh lebih rendah dan hidangannya juga boleh dipelbagaikan berbanding daging lembu dan daging biri-biri.

Struktur molekul daging kambing adalah berbeza dan hasilnya daging kambing lebih mudah dihadam. Amat sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan.

Jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit.

Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing tanpa sebarang hormon, bahan kimia dan pencemaran bakteria.

RASA LEBIH BAIK

Secara keseluruhannya tidak ada daging kambing yang dapat menandingi kambing Boer dari Afrika Selatan dari segi rasa dan kelazatannya. Inilah sebabnya daging tersebut mendapat permintaan yang tinggi di negara-negara seperti Australia dan Amerika Syarikat.

Kambing Boer juga memiliki tulang yang lebih tebal berbanding kambing jenis lain. Disebabkan ototnya yang sekali ganda lebih banyak, kambing Boer memiliki daging yang lebih banyak berbanding kumpulan kambing yang lain.

Daging kambing yang baik kualitinya dapat dihasilkan berdasarkan kepada pelbagai faktor. Bermula dengan kualiti penternakannya.

Usia untuk disembelih adalah faktor utama yang menjamin keseluruhan rasa serta nilai nutrisi daging tersebut. Daging kambing dari Lembah Boer disembelih apabila mencapai usia 8-12 bulan.

Pada usia ini, dagingnya mengandungi nutrisi yang tinggi, lebih rendah lemak tepu dan kolesterolnya. Dagingnya juga lebih lembut dan basah.

Faktor lain pula ialah kandungan lemak. Apabila kandungan lemaknya rendah, daging tersebut tidak berbau kuat seperti yang sering terdapat pada daging kambing atau biri-biri yang lain.

Makanan kambing dari Lembah Boer adalah 100 peratus organik -- iaitu rumput Napier yang tumbuh di ladang seluas 20 ekar milik syarikat ini di Tapah.

Makanan tambahannya adalah daripada serat yang dihasilkan daripada isi buah kelapa sawit, kulit kacang soya dan jagung.

Ia bertujuan memastikan haiwan ternakan tersebut mendapat sumber serat dan protein yang tinggi.

Selain daripada itu, kambing-kambing ini juga memerlukan air galian yang tinggi kualitinya. Sumber ini diperoleh daripada sumber air galian semula jadi daripada air terjun Lata kinjang berdekatan Tapah.

BOLEH DIPELBAGAIKAN

Kebanyakan orang mendapati daging kambing memiliki bau yang sangat kuat. Apabila dimasak dengan kari, rempah yang digunakan dapat melindungi bau tersebut.

Lebih ramai orang Melayu dan India yang makan daging kambing berbanding kaum Cina. Masyarakat Cina kurang mahir memasak menggunakan kari, tetapi dengan adanya daging kambing Boer, bau yang sinonim itu dapat diatasi.

Daging kambing ini dapat menghasilkan hidangan kari India yang sangat lazat dan apabila dibakar, mengeluarkan aroma dan rasa yang sungguh enak.

Yeow berkata apabila rakyat Malaysia memahami bahawa daging kambing memberikan alternatif yang lebih sihat berbanding daging lain yang selalu dimakan, permintaan ke atasnya akan meningkat.

Dibandingkan dengan daging lembu dan daging babi, daging kambing lebih popular di pasar kerana ia tidak melibatkan batasan agama. Sesiapa sahaja boleh menikmatinya, kata beliau.

Memandangkan masyarakat Malaysia yang gemarkan makanan yang sihat, inilah masanya restoran-restoran menyediakan resipi-resipi baru dan mempromosikan daging kambing, khususnya daging kambing boer.

Dalam masakan, daging kambing boleh dipelbagaikan dengan cara masakan yang berbeza.

BOER GOAT JUNCTION

Di manakah tempatnya untuk membeli daging kambing? Majestic Nature Boer Farm Sdn Bhd sedang merancang untuk membuka kedai menjual daging kambing di bawah label "Daging Kambing Lembah Boer".

Cawangan pertamanya dijangka akan dibuka di Damansara Utama penghujung September tahun ini. Lokasi tersebut dipilih kerana menjadi tumpuan ramai dan terdiri daripada pelbagai kaum.

"Masyarakat bandar di Malaysia selalu menghadapi masalah untuk mendapatkan daging kambing. Ia tidak semudah mendapatkan daging kambing biri-biri, lembu dan ayam," kata Yeow.

Menurutnya, 21 cawangan Boer Goat Junction dijangka akan dibuka dalam tempoh dua tahun akan datang.

Menjelang 2011, selain ladang yang ada di Tapah, Majestic Nature Boer Farm bercadang untuk memiliki empat ladang ternakan lagi dengan jumlah kambing yang dibiakkan melebihi 10,000 ekor.

-- BERNAMA

Tips Pembinaan Kandang


Kandang kambing yang sesuai adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan kandang-kandang ini boleh dibuat supaya;
Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan.Contohnya,kawasan ragut sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan
kesejahteraan kambing-kambing adalah:
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama mataharipagi. - Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang.

Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

LANTAI
- Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
- tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
- mudah dicuci
- tidak licin
- tidak mencederakan
- tidak mudah lembab
- Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
- Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding
- Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
- Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
- Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
- Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

BUMBUNG
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
- Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
- Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
- Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
- Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.



Saturday, November 8, 2008

Begin....

Skrang ni ramai yang telah terjun ke alam perniagaan. Dari kerja mkn gaji skrang dah mula mneroka, mencari peluang utk mula bisness..Ada yang mula kecil-kecilan,ada trus dgn projek besar. Tak kiralah pertanian, penternakan..sesuai dgn "pertanian adalah pertanian".

Cerita ttg penternakan ni, aku lebih berminat kpd penternakan kambing. Skrg ni ramai dah yg start menternak kambing. Dari bela sebagai suka-suka,bela blkg rumah, trus setup kandang. Fenomena yg boleh diupamakan "cendawan tumbuh selepas hujan."

Dalam sedar x sedar dah masuk 2 tahun aku menceburi bidang ternakan kambing ni...tp sebenarnya aku hanya pmbantu..bkn tokey kambing lg tau..cuma membantu ayah di kandang. Dari mula bina kandang smpai skrang aku ttp setia mmbantu. First time tu mcm goyang la jugak, ya la ilmu stakat buat projek kemahiran hidup masa sekolah tu ada la. Tb2 nak kna buat "rumah Kambing", risau ja tkt2 kambing pn x brani nak naik.

Macam biasa la start ngan ratakan tanah..buat tapak tuk ltk tiang. Yg paling penting stage ni kn pastikn "level" yg sgt tepat. ya lah...kalu asas misti kukuh..ukuran misti persis..fuhh..susah btul nak tanam tiang konkrit 7 kaki ni, sgt berat..dah siap part batu bata, msk plak bab kayu kayan..Nak save cost kami bli saja kayu second. Dekat sebulan jugak la baru siap "rumah" ni. Yg lmbat ni bkn apa, suma kerja pkai alat2 tgn..x dak letrik lg. Bayang la kayu mmg btui2 keras, kayu lama la katakan.Bl kandang dh berdiri megah, hilang suma penat lelah. Ms ni sgtla xcited nk bubuh kambing. Dgr sja kt mn nak juai kambing, trus kami sampai. Cari pnya cari dpat la 12 ekor baka kg. xcukup lg ni, kandang pnjang dah 40 kaki..rumput napier dah panjang...kna tmbah lagi, baru best..last2 dpt lg 20 ekor..

So smpai sini crita ak pasai bina kandang kambing..jumpa lagi key....