Thursday, January 22, 2009

Benih Napier Taiwan

Sesiapa yang ingin membeli benih (dari batang) rumput Napier Taiwan, sila hubungi kami di 012-5588736 (Hafiz) untuk membuat tempahan. Harga tawaran RM20 satu guni (+- 20kg). Benih adalah dari batang yang sudah siap dipotong dengan 2 atau 3 ruas.
(Nota: Untuk keluasan satu perempat ekar, anda memerlukan kira-kira 8 guni benih Napier)


Cara menanam benih rumput Napier

Photobucket
Sesuai bagi kebanyakan jenis tanah(Berbukit,pamah, sedikit berpasir) yang penting adalah pembajaan dan pengairan yang secukupnya.Kawasan tanah yang hendak ditanam rumput Napier haruslah dipersiapkan dengan batas-batas, dengan tanahnya digembur dan dibajakan secukupnya.Ada juga yang menggunakan tanam terus, korek tanah dengan kedalaman 3-4 inci dan trus tanam.Cadangan jarak yang sesuai adalah 2kakiX 1kaki(jarak antara lorong 2kaki dan jarak antara perdu 1kaki). Tanah haruslah cukup lembab sewaktu rumput hendak ditanam serta di awal proses pertumbuhannya.
Photobucket

Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 2-3 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong 3 atau 4 ruas setiap satu, dan direndam di dalam air sehingga akarnya mula tumbuh.Teknik rendaman ini dapat mempercepatkan pertumbuhan akar. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.
Photobucket
**********
Terdapat pelbagai spesis rumput Napier di negara kita yang kelihatan hampir serupa. Sebahagiannya tumbuh secara liar di tepi sungai dan di tepi jalanan. Spesis Napier Taiwan merupakan yang terbaik bagi ternakan ruminan kerana kandungan protin yang tinggi. Di samping itu batangnya lembut dan tidak berbulu/bersisik, memudahkan kambing memakannya tanpa mengakibatkan kecederaan kepada mulut.
Photobucket

Benih rumput Price per Unit (+-20kg): RM20.00

Sunday, January 11, 2009

Ubat-ubat untuk ternakan

Kami ada membekalkan ubat-ubatan untuk ternakan antaranya:-

Photobucket
Terramycin Pink Eye Spray
Untuk merawat mata ternakan yang bermasalah melalui kaedah semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada tahap penyakit tersebut. Kebiasaanya adalah 3 kali sehari.
RM 30.00

Photobucket
Photobucket
Bomectin Pour On
untuk kawalan kecacingan, dos hanyalah 1ml utk berat 10kg.harga = rm 45.00/90ml.bersamaan rm 0.50/1ml.kalu dikira dr segi kos produk ini amatlah menguntungkan..
cth ;
-berat 50kg hnya akan guna 5ml
-so kos utk ternakan hanyalah RM 2.50
-berbaloi bkn.
Harga:RM 45/90ml

Photobucket
Juga terdapat Bomectin jenis suntikan untuk kawalan penyakit 3 serangkai. cacing, kurap, kutu...
Harga RM 80.00


Photobucket
Fercobsang

Sebagai tonik untuk ternakan yang kurus dan kurang selera makan. Ianya adalah sejenis vitamin.Diberiakn melalui 3 cara iaitu oral, suntikan bawah kulit atau otot.Selalunya ternakan akan disuntik Fercobsang sebelum diberikan antibiotik jenis Terramycin LA.

RM 35.00/bottle(100ml)

Photobucket
Terramycin LA
kami juga boleh tlg anda dapatkan Terramycin LA(oxytetracycline).Antibiotik "broad spectrum" sebagai kawalan pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk,lepas beranak, keguguran dan pelbagai jenis penyakit lagi.Cara suntikan suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram.

Harga:RM 80/bottle(100ml)

Photobucket
FERRIADE vit. B12

Harga RM 60.00/200ml

Photobucket
Histamil

ubat jenis suntikan bagi haiwan yang terkena sengat..mana la tahu masa ternakan dilepaskan, ada yang menyengat.so ubat ni sangat sesuai..dose 1ml/50kg

RM 35.00/bottle(50ml)

Photobucket
Anthiomaline
Ubat untuk mengawal penyakit 3 serangkai cacing, kurap, kutu...

Photobucket
Dectomax Injectable
3 Serangkai yang power...merawat masalah cacing, kutu, kurap dan yg special ttg ubat ini, boleh digunakan pada ibu yang bunting...suntikan dibawah kulit ataupun pada otot.

Photobucket
Photobucket
NOVA Alben 10%
oral suspension
Untuk kawalan cacing, terutamanya cacing pita..

Harga RM 14.00/90ml

-selain itu alat rawatan juga boleh kami bekalkan...(Glove,Jarum dll..)
Untuk pertanyaan dan tempahan hubungi saya Salleh (Ladang Izzwana, Baling, kedah)
Nombor tel 019-5594382
penghantaran melalui pos atau kurier (Caj penghantaran tidak termasuk dengan harga barang.
Mudah kn??tak perlu keluar duit minyak utk travel..anda hanya perlu tunggu sahaja dirumah.