"Lama tak beriadah nih, so petang ni kita turun ramai ye kawan2...tuan kita pun boleh bersih rumah kita...hehe..." Dapat le merasa rambutan fresh...petik sendiri je Ni pulak puak2 "foreigner".Jauh dtg dari Australia nih. Daun nenas pun kami sapu...nyam2... Ni mcm tuan kita nak bagi naik rumah ja.Atas kandang dapat balun dedak pulak nih...
Ladang ternakan yg terletak di Karangan, Kulim dan memulakan aktiviti ternakan pada ogos 2006. Menjalankan operasi menternak kambing, serta menyediakan barang-barang berkaitan.Bagi mencapai hasil yang memuaskan,kami memberi air yang bersih and rumput-rumput segar tanpa pencemaran dari racun serangga kepada ternakan kami untuk menjamin kualiti ternakan yang terbaik. Walaupun baru berjinak-jinak dalam penternakan, kami cuba memperbaiki apa yang perlu dari masa ke semasa.Segala pandangan dan tunjuk ajar dari mana-mana pihak kami sedia terima dengan hati terbuka.